Thursday, November 3, 2011

November Rains

Ranting moments.

2.30petang.Hujan.Tiba tiba lepas solat dzuhur rasa sunyi dalam hati.
Duduk diam berteleku bersandar di tepi katil. Tanda sudah tidak larat mahu bangun lalu dilunjurkan kaki sebentar.
Angan tiba - tiba teringat nenek. Ye Arwah nenek.
Apa khabar lah dia di sana.
Time hujan2 macam ni teringat pulak dia rajin menguli kuih, membuat donat. Macam mana boleh teringat tah. saiznya kecil molek, dia adun dengan gula lepas goreng dengan agak gelap warnanya. tapi sedap.
Rindu lah kat nenek. Sekolah rendah dulu nenek rajin buatkan sandwic dan nasi goreng. pedas. sampai ke sekolah je mesti pergi ke tandas. tapi lama lama tu dah biasa.
apa yang dia sediakan. semua dirembat bawak masuk dalam bekal. walaupun sikit. jadilah. daripada makan kat kantin yang RM1 dapat nasi lemak keras terbiar atas pinggan.
Mmm.. nenek apa khabar ye?
Nenek la yang buat aku rajin ke dapur masa di rumah lama dulu. masa tu belum renovate lagi rumah. sayu sebab tu aku tolong2 dia memandangkan aku ni jenis kesian nak tengok dia buat sorang sorang.
Satu lagi.. masak pindang ikan kembung. orang lain selalu khabar masak singgang. bayam. kadang2 tempe goreng pun sedap dia buat. padahal goreng rempah aja.
masakan orang susah dulu. mana ada spagetti jalapeno cheeseburger bagai.
masa aku mula2 dah ada lesen kereta, dia selalu nak suruh aku bawak dia pergi pasaraya tmn tun. beli barang2 dia. kadang2 asam. bila dia merajuk, dia selalu pesan kat makcik aku mintak belikan apa2 yang dia mahukan. kadang2 aku faham, dia pun nak berjalan.
Dia suka tengok cerita tv1. gerak khas la. sembilu la. pastu dia boleh cerita balik kat aku. aku tanya je dia. dia mesti hafal.
Time ramadhan lagi seronok. dia amalkan tukar2 juadah dengan neighbour hujung rumah lama aku. kadang2 onde2 la. karipap la. sagu. kasuwi. ada je dalam kepala dia. mahupun buku resipi yang dia tulis dalam exercise book kekuning-kuningan dia tu. kekadang tu aku kena teman dia pegi kedai. beli barang2 jalan kaki. bawak payung.
Dia pun rajin ikut mak aku g ngaji. nak jumpa orang kan? baru lah tak bosan. aku kadang2 mengendeng kat dia. once a while dia main congkak. kadang2 sorang. kadang2 aku kacau la dia main. bukan dengan gula. dengan siput wa cakap lu. shiny2 lagi siput tu. haih. memori betul.
aku type ni pun ikut tangan aku je. cepat je type.
tah tiba tiba rindu nenek.
aku tau dia jaga aku..time takde orang nak layan aku, dia ada....
aku sebak tak tau kenapa..

nanti aku ada anak mampu ke aku buat semua tu ?
Dah ada cucu nanti ada dia nak ingat ke jasa aku?
nenek aku orang susah dulu.
diherdik dimaki disindir dihina like nobody's business.
tapi dia buat tak tau. dia perit lagi susah dari tu. hidup tak mewah.
tu sebab aku kadang2 dapat rasa orang yang tak berharta kena maki, kena sindir, kena pandang rendah benda yang biasa. kadang2 rasa juga tempiasnya sbb dari kecil dia yang jaga aku.
nenek aku pun penah susah. mak aku pun penah susah.
dipandang rendah itu perkara biasa.


selalunya yang least favourite, yang selalu dipandang rendah, yang selalu dikutuk la lama2 orang yang mengkritik kita tu datang balik pada kita. mintak tolong. yang kenang jasa, sbb mereka dah takde siapa nak turn in to. so jangan dok rendah2kan orang lain sbb yang dok direndah2kan tu la yang akan tolong kita satu hari nanti.. bukan orang yang kita puja selalu tu yang akan tolong. it happens all the time.

tiba2 teringat kesusahan nenek.
rindu kat nenek.
semoga dia bahagia di sana.


No comments: